Aku tak pernah lupa.
Benar,kau mahukan
satu halaman penuh
bait gambaran
wajahmu
ekspresimu
tabiat baik burukmu
yang percayalah,
takkan ku cairkan satu pun
jirim-jirim negatif tepu yang
terserap di liang roma
kepada peluh-peluh positif
kerana pertamanya,
ia akan keluar juga bak hujan
mencurah-curah dari tubuhmu,
bagai alergi,
kerana itu bukan kamu.
Pegang pesanku dengan kejap
dan biar ia terus merayap dalam
kotak kenangan
biar ia makin mekar dalam
ingatanmu.
Lontarkan kusutmu
semana mampu
selama perlu
walau soalmu bagai tali
diikat mati
pasti ada jawapan yang
sedia terhidang
cuma perlu pasti
yang mana satu,
seperti mengagak
coklat dan kismis
dalam pastri kegemaranmu,
dan para cendekiawan
sarjana
mahupun pejalan kaki
yang menidakkan
kejahilanmu,
senyum lalu jalan
penuh hormat,
teruskan saja cari
sehingga kau temu noktah
selepas tanda soal.
Salam ulangtahun buat
susuk tubuh yang teliti
mendengar perihku
dalam pekat malam
dan memberi padangan
dalam dimensi penuh
persimpangan
yang tak pernah ku toleh.
Semoga Tuhan merahmati.
No comments:
Post a Comment